music is my life,u're my sweetest nightingale~~


Click here for Myspace Layouts

Monday, March 11, 2013

Anak Ayah



Assalammualaikum ayah..

saya tertanya- tanya, pada 9 Februari 1993.. adakah ayah gembira dengan kelahiran saya?
saya masih ingat lagi, sewaktu saya berusia 6 tahun. . ketika itu ayah membawa saya ke sekolah untuk mendaftar masuk ke darjah 1. saya sangat gembira kerana dapat bersekolah seperti abang dan kakak. 

dalam perjalanan pulang, ayah pegang tangan saya dan kata " yeay.. x lama lagi nak sekolah" sambil tersenyum. sy gembira. saya dapat buku teks seperti mana pelajar lain dapat. apabila sampai di rumah, saya membelek- belek buku- buku teks tersebut dengan penuh rasa teruja. 
Tapi ayah.. tak lama selepas itu, ayah dipanggil oleh guru kelas saya. Ayah pun pergi ke sekolah semula tatkala saya masih leka membelek- belek buku2 itu dan menunjukkan kepada adik. Kemudian mak suruh saya menyimpan buku teks tersebut kerana dia risau, adik akan merosakkannya. Saya simpan di tempat yang paling selamat. Di atas almari, tingkat paling atas sekali. 

Seketika kemudian ayah sampai di rumah, ayah tanya, " kat mana buku teks tadi?" . Saya pun menunjukkan tempat letak buku teks tersebut.  Ayah pergi mendapatkannya dan memberitahu bahawa buku teks tersebut perlu dipulangkan semula. Saya terdiam. Kenapa? 

Lalu ayah pun menjawab, "kamu masih belum boleh mendaftar ke darjah 1 lagi. Kamu masih 6 tahun, ayah ingatkan umur kamu sudah 7 tahun..". 
Ayah membawa saya bersama semula ke sekolah dan pendaftaran saya dibatalkan. saya kecewa ayah, bukan sebab tak dapat bersekolah. . tapi, kecewa kerana ayah lupa bahawa saya berusia 6 tahun, bukannya tujuh. 

ayah, 

sewaktu saya berada di darjah 3. adik pula masih kecil seperti saya dahulu sewaktu berusia 5 tahun. naif dan  
nakal. Semasa itu, kita berada di rumah mak cik untuk kenduri makan arwah nenek. Seperti kanak- kanak yang lain, saya dan adik juga lebih gemar bermain di halaman daripada duduk bersama orang dewasa di atas rumah. Tiba- tiba, adik bergaduh dan berebut mainan dengan seorang kanak- kanak lain. adik kalah. kemudian adik menangis sekuat- kuatnya. Saya marah adik sebab dia menangis dan berebut mainan dengan orang lain. Saya suruh adik berkawan baik. Tapi adik terus- terusan menangis. Saya pun pergi meninggalkan adik dan biarkan dia meraung menangis sendirian. 

tidak lama kemudian, ayah turun ke halaman. ayah dengar tangisan adik dan melihat saya yang leka bermain bersama kawan2 saya tanpa mempedulikan adik. ayah pergi kepada saya lalu. . PANGGGGG!!!. tamparan pertama yang saya terima daripada ayah sejak saya dilahirkan. 

ayah, saya masih terasa tangan keras ayah itu di pipi saya. Ia sungguh terkesan. ketika itu, saya rasa bagai terpelanting jauh. apa salah saya?? 

adakah kerana tidak menjaga adik dengan baik? 
tapi, kenapa abang dan kakak yang selalu membuat saya menangis tidak pernah diperlakukan sedemikian? saya juga yang tetap di rotan. Setelah itu, adik terus diam. dia tidak meraung menangis seperti tadi lagi. saya benci adik! dia sepatutnya yang kena. bukannya saya. sejak itu, saya mulai jadi seorang yang sensitif. saya akan menangis apabila orang membuat saya berasa sedih atau mencubit dan memukul saya.

ayah,

sewaktu saya berada di darjah 5. ayah kata, andaikata saya dapat tempat pertama.. ayah akan belikan saya basikal. Dengan penuh rasa gembira saya memberitahu kawan- kawan saya. 
ayah.. saya betul- betul dapat tempat pertama di dalam kelas. saya berlari dengan penuh gembira sewaktu pulang ke rumah. dan apa yang saya harapkan hanyalah... "basikal". 

tapi, ayah mungkir janji. sampai sekarang.. saya tak dapat basikal pun.
saya kecewa lagi.

ayah,
sewaktu saya darjah 6, ayah telah datang ke sekolah untuk majlis mohon restu sebelum UPSR. Ayah duduk di sebelah saya. Apabila sampai masa mohon restu ayah, saya cium tangan ayah dan ayah kucup kepala sy. Kemudia saya peluk ayah seeratnya. itulah pertama kali saya merasa pelukan seorang ayah. saya sangat terharu. saya nak berjaya! untuk Ayah!

ayah..saya dapat 2a3b untuk UPSR. saya nak masuk sekolah agama. saya nak duduk di asrama. tapi ayah jawab, " tak payah lah masuk sekolah agama, result bukannya cemerlang pun.. kalau dapat 3a macam abg kamu dulu xpa lah".. 
ayah pandang rendah pada saya? takpa ayah. saya ikut keputusan ayah dan belajar di sekolah harian. setiap hari ayah hantar saya ke sekolah. pergi dan balik. ayah bagi duit belanja RM2. 
sehinggalah saya berada di tingkatan 5. .. ayah kata," SPM nanti, ayah nak kamu dapat sekurang- kurangnya 5A. kalau kamu dapat 5A.. ayah akan belikan komputer dan masukkan RM 1000 ke dalam akaun bank kamu". Baik ayah, saya akan berusaha! 

saya di Kuala Lumpur sewaktu keputusan SPM diumumkan. Ayah menghubungi saya pada pagi itu, "kenapa result SPM kamu teruk sangat ni?? ada 2G. 2 sahaja A. yang lain semua B, D.. ish, kamu ni. teruk sangat ni."
ayah kata teruk! dan saya mengalirkan air mata. . tangisan saya kedengaran. .betulkah ayah? saya dah agak dah keputusannya walau saya tak tahu lagi. Hingga saya pernah beritahu sahabat baik saya, kalau keputusan saya teruk.. jangan beritahu saya. nanti saya taknak hidup lagi. 
ayah jawab, " betullah.. ayah dan mak dah tengok result kamu di sekolah tadi". Tangisan saya semakin kuat dan ayah beri handphone pada mak. "ifa, kenapa ni? dah2.. jangan nangis. ayah kamu bergurau saja tu.. kami belum lagi lihat result kamu" 
ayah jahat. saya tidak dapat lagi menahan sebak. dada terasa bagai nak pecah. 

dalam 10 minit kemudian, kawan saya telefon dan kata "awak dapat 5A wey, xda yang gagal.. tahniah!!" 
saya kaku. baru sebentar tadi ayah mengecewakan saya dan tiba- tiba jangkaan saya jadi meleset. 
saya terus hubungi ayah " saya dapat 5A!!!" 
ayah kata. "tahniah... itu semua hasil usaha awak" 

ayah...... mungkir janji lagi. 

sebulan kemudian.
saya dapat tawaran masuk matrik. Jurusan Perakaunan. ayah tanya, " kamu betul-betul minat bidang perakaunan?
saya kata "ya".. padahal dalam hati bukan berminat mengambil jurusan perakaunan, tapi minat nak masuk ke matrikulasi. dan saya tahu.. ayah dan mak sedang berusaha menyuruh saya masuk ke Institut Perguruan. Tapi, saya xnak jadi cikgu. maaf ayah. 

di matrikulasi.. saya pernah menangis dan menyesal kerana menerima tawaran tersebut. sejak itu, saya sering jadikan ayah dan mak sebagai inspirasi. saya tidak mahu menyesal lagi. 

ayah... 

kini saya sudah 20 tahun. saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. saya ambil bidang komunikasi media kerana ayah. Sebab ayah suka tengok berita di tv. Saya nak jadi pembaca berita. Saya nak ayah lihat anak ayah ini di kaca televisyen setiap hari. Saya nak ayah bangga memiliki anak seperti saya, walau sewaktu kecil ayah pernah tampar saya, rotan saya, kata saya lemah dan ayah selalu mungkir janji.. saya tetap anak ayah... yang akan sentiasa dahagakan kasih sayang ayah. 

ayah,

saya sedar.. saya bukan anak yang baik dan solehah.. saya suka membazir.. saya tidak pandai berjimat. saya selalu menyusahkan ayah. daripada saya kecil.. hingga kini.. saya masih bergantung pada ayah lagi. ayah kata apa? saya ikut sahaja.. saya lupa bahawa ayah selalu kata "baik- baik guna duit tu"... ayah mahu saya hidup berdikari, pandai menjaga diri dan tidak membazir. sebelum masuk Universiti ayah tidak benarkan saya meminjam PTPTN, sebab ayah akan masukkan RM1000 setiap bulan ke akaun bank saya. Tapi, ayah mungkir janji..........., lagi. 

ayah.. 

ayah sebenarnya tidak pernah mungkir janji.. hanya saya yang lalai dan salah sangka. Itulah cara ayah mendidik saya supaya saya jadi dewasa dan matang. takkan mudah terpedaya dengan janji dan sentiasa hidup dalam realiti dunia nyata.
janji ayah hanyalah "pendorong" untuk saya terus berusaha dan fokus pada matlamat.

sekarang saya sedar, dan saya akan berdiri atas kaki sendiri.. saya akan buat keputusan sendiri dengan penuh yakin dan memikirkan kesannya terhadap diri saya sendiri. saya tidak mahu menyusahkan ayah lagi. saya akan sentiasa "bermimpi" dan "berjanji" pada diri sendiri.. bahawa.. segalanya pasti jadi kenyataan. 

saya yakin ayah, "takkan putus rezeki seorang anak itu selagi dia tidak putus mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya".  

saya juga tertanya- tanya, "bagaimana saya boleh berada di menara gading ini?, impian waktu kecil yang benar- benar menjadi kenyataan?"... kerana adanya redha ayah dan juga redha mak. juga pastinya redha ALLAH swt. 

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. semoga Allah memberkati ayah dan mak~ selalu~. 

maafkan anak ayah ini.. yang baru menyedari akan hakikat sebenar hidup. dan sekarang.. siapa saya? di mana saya berada? harapan ayah bersama saya. akan saya balas jasamu .. AYAH, my inspiration :) 

wassalam.





No comments: