kesinambungan Puisi Lelaki Part 1....

Lelaki..
dalam diamnya seribu satu cerita
lakaran wajah bukan biasa
bicaranya perlahan dan tenang
bagai menanti kekasih dalam keangkuhan..
Lelaki
sendiri dan mengerti
masih mahu menyendiri
memilih untuk mencari
satu jalan cinta sejati
Lelaki
gagahnya sejuta srikandi
budinya setinggi langit
kasihnya seindah pelangi
dia...
yang ku panggil ayah, abang mahupun suami
bukan kepalang
tapi dia pejuang.
Lelaki
lagaknya dibatasi ilusi
dalam kelam kabus dia tidak berhenti
mengharung duri dan cubaan
Lelaki
bersamanya ku kuntum senyum
hatinya lembut tingkahnya rentap
mata tak mampu ku tatap
panahannya menakutkan
dan wanita lemah mulai gentar
lalu melawan mencuri pandangan
Lelaki
biar cinta tidak diungkap
biar kasar tiada batas
biar budi tidak berkias
biar akal tidak terbidas
biar maruah tetap di atas
biar... biar dia
kerna dia lelaki
fitrahnya... hanya untuk mereka yang bergelar lelaki.
dan dialah Lelaki itu...
yang aku sangka miliknya
tetapi bukan
dia bahagia bersama yang lain,
insan yang Tuhan tentukan.
No comments:
Post a Comment