Hargai duit anda. Jangan biar ia melayang terbang seperti burung..... :)
"Ifa! Farah tak bayar lagi duit RM50 hari tu kan?"
"Ha'a. "
" Ish. Lupe plak. Sebenarnya ada je duit hari tu. Tak perasan. Nah ni."
"K. Letak je atas meja tu."
"Farah letak atas meja eh."
"Erm.." Dalam hati Ifa berkata. " Alhamdulillah, tak perlu keluarkan duit lagi hari ni."
Ifa bingkas bangun dari katil lalu bersiap untuk ke kafe. Duit RM50 yang diberikan oleh Farah dipegang bersama buku nota bersaiz A5 dan dompet di tangan.
Setibanya di kafe, Ifa segera ke kaunter pembayaran. Tujuannya hanya untuk membeli milo ais RM1.70.
setelah itu,
"Nak bungkus ke nak minum dik?" tanya abang kaunter.
"Bungkus bang." balas Ifa seperti biasa.
"nah. Seringgit tujuh puluh sen." kata abang kaunter dalam bahasa Indonesianya.
Ifa menghulurkan RM20 tunai kepada abang tersebut. Akan tetapi, abang itu memberi baki RM30 kepadanya.
"Eh. Bang. Patutnya abang beri saya baki RM18.30 jer." sambil menghulurkan semula RM30 tadi.
"oh. maaf, maaf."
"ok. ini RM18.30"
"Ok." balas Ifa sambil tersenyum meninggalkan kaunter tersebut. Sambil itu, dia memegang wang tersebut bersama buku dan RM50 tadi.
"Eh. Kejap. Kenapa ada RM50 ni? Abang tu silap bagi ke?" bisik Ifa.
Ifa patah semula ke kaunter pembayaran.
"Abang silap bagi duit la. Terlebih sampai RM50 ni.. naa. "
"oh. Terima kasih." balas abang kaunter dengan bersyukurnya.
Ifa mulai merasa bahawa dirinya sangat baik dan jujur kerana memulangkan wang tersebut. Dia pun berlalu pergi meninggalkan kaunter tersebut. Akan tetapi...
"Eh! RM50 tadi bukan duit aku ke? arghhhh." bergegas semula ke kaunter pembayaran.
"Abang. RM50 tadi saya yang punya. Saya tersilap bagi kat abang."
Dengan muka selamba, abang kaunter itu menunjuk ke arah satu papan bertulis;
" Wang yang sudah diberi, tidak akan dikembalikan."
"What?????? tapi tu duit saya. Mana boleh abang buat macam ni. Saya betul- betul tersilap tadi!!!!"
"shhhhhh!!!.." balas abang itu dengan muka yang tiada perasaan.
Ifa menangis di hadapan kaunter teresak- esak. Malangnya, RM50 itu tetap menjadi hak milik kafe tersebut.
Setelah puas bertempur dengan abang kaunter tersebut, Ifa tetap pulang dengan hampa. Sampai sahaja di bilik, dia menangis dan meraung.
"Farahhhh.... RM50 yang Farah bagi tadi dah takde~~~... huuuu~~~"
Tup tup tup. mata terbuka. Ifa bingkas bnagun dari katil dan tersenyum melihat ke arah mejanya.
"RM50 ada lagi." :)
No comments:
Post a Comment