Thursday, October 18, 2012
R A P U H
Daisy,
bukan mudah nak jadi seorang mahasisiwa. Saat kita semua berlumba-lumba hendak masuk ke Universiti, kita tidak fikir pun pada apa yang bakal dilalui. Dugaan, cabaran, barangkali dua kali ganda lebih berbanding alam persekolahan. Kadang kala, sampai tiada masa untuk orang yang kita sayang. Tapi yang penting.. masa untuk Tuhan itu sentiasa ada.
Daisy,
seketika, hati ini memberontak ingin mengulangi hari yang terindah pernah dilalui sebelum ini. Namun, masa depan tetap masa depan. Kalau tidak ingin lalui masa depan, jangan sesekali wujud di masa lampau. Peristiwa-peristiwa menarik dilalui sebagai mahasiswa.. namun hakikatnya amat pahit untuk ditelan. Kita fikir masuk Universiti sebagai satu nikmat, namun sebaliknya ada banyak persoalan. Dan satu demi satu persoalan itu akan dilalui selama bergelar mahasiswa.
Daisy,
adakah semua orang faham tugas sebagai mahasiswa? ianya tak mudah namun tak jua terlalu berat. Sesekali ia akan buat kita rapuh. Pabila kita di puncak jaya, segalanya indah.. namun bila kita jatuh, kita mulai fikir.. "adilkah dunia ini kepadaku?"
seperti kehilangan harap.. tiada yang mampu tolong kita jika bukan diri sendiri..jadi mahasiswa bukan untuk main-main.. tapi untuk masa depan! berusaha biar ada penghalang, jangan berundur selagi belum kecundang.
Daisy, harap si dia mengerti.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment