music is my life,u're my sweetest nightingale~~


Click here for Myspace Layouts

Sunday, November 11, 2012

-A K U - B U D A K - M A S S C O M-

Apa itu Masscom?
Persoalan itulah yang sering bermain di fikiranku tatkala ditawarkan jurusan tersebut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hatiku berbelah bagi sama ada mahu menerima atau tidak tawaran tersebut kerna impianku ingin melanjutkan pelajaran dlm bidang perakaunan bukan bidang yang ditawarkan itu. Dan kalau aku tak terima. . sudah pasti aku takkan lalui semua ini..













Menjadi sebahagian daripada warga MENTION(UKM), aku dapati bukan aku seorang shj yang mengalami masalah seperti aku, malah rakan-rakan yang lain jua. Kami semua sama. Walau kami tahu, impian tidak jadi kenyataan.. tetapi kami pasti rezeki di tangan Tuhan.

Aku belajar bahawa Allah tidak memberi apa yang kita impikan tetapi Dia memberi apa yang kita patut miliki. Dan sesungguhnya Dia Maha Adil lagi Bijaksana. Kini aku tahu, Allah sentiasa di sisiku~ senyumlah pada takdir, takdir pasti akan tersenyum pada kita. :)

No comments: