music is my life,u're my sweetest nightingale~~


Click here for Myspace Layouts

Monday, December 24, 2012

I N D A H - D A L A M - L A GU

with the name of Allah. .

yg Maha Pengasih, Maha Penyayang.



ini kisah sewaktu aku masih lagi menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan. Waktu usia bru menjengah 18 tahun. Di hostel, aku ditempatkan bersama 3 orang budak sains manakala aku seorang pelajar perakaunan. Salah seorang muslim, dan 2 orang lagi Kristian berlainan bangsa- seorang sino (cina + kadazan), seorang iban. Walau berbeza agama mahupun bangsa, kami hidup bagai sebuah keluarga- 1Malaysia.

Kisah bermula apabila seorang kawan (iban) memasang lagu berunsur Islamik (nasyid) di bilik. Lalu saya bertanya " bestnya lagu ni.. kt mana dapat?" .. jwb kawan, " dr kawan..". 

selang beberapa hari, seorang lagi kwn (sino) begitu khusyuk mengulangkaji pelajaran sambil mengenakan  earphone di telinga dan mendengar lagu melalui handphone kwn yg berbangsa iban td. Lalu kawan yang iban pun mengusik dengan mencabut earphone itu dan memasangnya ke telinga. apa yang dia dengar adalah lagu ini :~ 

segala cobaan
terus menghadap.. semua itu datang dariMu 
ya Allah..
aku percaya.. kau maha Kuasa
semua ku pasrahkan padaMu
ya Allah~
rinduku cintaMu ya Allah
aku ikhlas dengan apa yg kau beri
rinduku cintamu ya Allah
aku akn selalu bersabar...

dengan rasa teruja + terkejut, kwn yg brbangsa iban td segera memberitahuku ~ lagu yg sama pernah kami dengar sebelum ini! 
kawan yg berbangsa iban menggeleng kepala seraya berkata " x sgka budak cina suka dengar lagu islamik.."
jawapan nya.. " lagu ni best la.. beri motivasi, saya suka.. kamu ada lagi lagu- lagu macam ni? saya nak! "

subhannallah.

mereka bukan muslim. mereka x faham apa isi kandungan nya? tidak kah mereka peduli ttg semua itu? berapa kali lagu itu memuji Allah yang maha Esa, maha Kuasa .. 

dup dup dup.. jantung berdegup seumpama jam loceng yg menunjukkan jam 12 pagi. 

aku tersedar!

2 orang sahabat yang bukan beragama Islam.. tahu bahawa lagu itu tentang ketuhanan, tentang Allah.. malah tahu beberapa hukum yang ada dalam Islam, mereka tahu wanita Islam wajib menutup aurat, haram minum arak, solat 5 waktu sehari semalam malah menyedarkan kami tatkala kami lena tidur untuk pergi bersolat.. dan mendiamkan diri sewaktu kami bersolat supaya kami khusyuk. 

ya Allah~ 
aku dalam kalangan orang2 sebegini.. buat aku sedar dan lebih menghargai agamaku ..
aku sedaya upaya menunjukkan pada mereka betapa indahnya Islam.. malah kami tidak kekok untuk berkongsi perihal agama masing-masing.. ia mungkin isu sensitif bagi sesetengah orang, tp tidak bagi kami. 

kami semakin mengenali, semakin rapat.. dan hingga kini kami masih kekal berhubung.

#beberapa perkara bermain di fikiranku~ berapa ramai anak muda Islam di luar sana yang benar- benar kenal apa itu Islam..~ is the way of life.
adakah Islam hanya pd i/c atau pada nama? berapa ramai yg masih x tahu hukum hakam dlm Islam.. ?
tahu bercakap, tapi x tahu beramal.. Islam tidak mengajar untuk kita berbalah, tapi adalah lebih baik memupuk kesejahteraan~ tunjukkan norma serta nilai- nilai Islam sebenar.. jgn kita terlalu melihat keburukan orang tapi diri sendiri tidak tejaga.. jgn bangga dengan diri.. kita semua sama. 

kita semua bersaudara. kalau silap tegur. 

jd disini aku bertanya..
berapa ramai antara kita sebagai muslim yang gemar akan lagu- lagu islamik? mendengar, menghayati dan menggamalkan... 

tepuk dada, tanya iman.
jaga akhlak kita~ kerana Islam itu indah.

" fa, tahu x kisah nabi Nuh? kisahnya membuat kapal besar utk mengelak banjir besar yang bakal melanda namun umatnya tidak percaya dan enggan menurutinya. Akhirnya mereka semua ditimpa bala."  kawan ku berbangsa sino bercerita. ...

#jgn lihat kejahatan orang umpama mereka akan masuk neraka, dan jangan lihat kebaikan diri seolah- olah kita akan masuk syurga.
ya Allah~ semoga mereka diberi petunjukMu.. amin~





No comments: