music is my life,u're my sweetest nightingale~~


Click here for Myspace Layouts

Friday, December 21, 2012

K A L A U A K U J A D I K A U :: M a k a n

siapa?

orang yang hebat. 
kaulah. 

nak hidup? cari makanan. . cari duit. . bekerja. . dapat makan. 
kenyang tak? . . kalau tak, kerja lagi. . lagi kuat, ganjaran hebat pun dapat. . 
makan lagi. .

masih lapar? cari alternatif lain. . kerja lebih masa. . naik pangkat. . makanan lazat. . 
tentu kenyang.

nak lagi?? cari sumber. . usaha sendiri. . untung besar. . rumah besar. . kereta besar. . makan lagi besar!

tak puas??? 
tak kenyang???
semakin lapar???
makanan tersedap di dunia?? . . erm. . tak tahu.

haa~ sentap tak? itu sekadar intro... mari baca cerita selanjutnya.. aku dah ubah ke bentuk jalan cerita yang mudah difahami. . walau bukan aku pengarang asal cerita ni. . tapi, ini antara cerita yang akan aku ingat sampai bila2..

Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang mengalami masalah untuk makan. Setiap kali makan, raja tersebut tidak pernah berasa kenyang apatah lagi makan dengan berselera. Dalam erti kata lain " hilang selera makan". 

Masalahnya semakin menjadi- jadi hingga tidak mahu makan kerna setiap makanan yang dijamahnya pasti tidak sedap walau pelbagai cara telah digunakan untuk mengembalikan semula selera raja tersebut. Antaranya menyediakan makanan- makanan yang lazat dari seluruh dunia dan menghantar raja itu berjumpa pakar. Namun tiada satu pun makanan yang mengenyangkannya dan makanan- makanan tersebut tidak habis malah dibuang begitu sahaja.

Masalah raja ini tersebar ke seluruh pelusuk negeri termasuk ke telinga seorang anak muda yang hidup dalam serba kekurangan sebagai pengembara. 

Suatu hari, anak muda tersebut bertemu dengan raja yang tidak berselera itu. Dengan hasrat ingin mengembalikan semula selera raja, anak muda itu memohon serta meminta untuk membawa raja mengembara bersamanya. Raja bersetuju.

Hanya sang raja dan si anak muda berjalan merentasi hutan- hutan dan gunung- gunung bersama bekalan nasi putih dan ikan masin. Tiada pengawal mahupun menteri raja. Pada suatu ketika dalam perjalanan, sang raja kelihatan sudah tercungap- cungap dan mahu berehat. 

Di bawah sepohon pokok. . si anak muda mengeluarkan bekalan dan membukanya di hadapan raja yang sedang berehat. 
Sang raja kelihatan begitu penat sekali biarpun tidak sampai 40 minit perjalanan mereka. Melihat ke arah bekalan itu, sang raja dengan segera menjamahnya hingga habis. 

Dalam hati sang raja berkata, "seandainya di hadapanku kini adalah makanan yang sedap- sedap serta enak, sudah pasti makanan itu habis dijamahku".  Menyesal membazir makanan selama ini.

"kenyang, alhamdulillah"

Si anak muda tersenyum lalu berkata, " alhamdulillah, tuanku sudah kenyang. . marilah kita pulang semula ke istana". 
Sampai di istana, sang raja segera pergi ke dapur. . mencari makanan yang enak-enak untuk santapan.
Para kerabat berasa hairan bagaimana sang raja boleh kembali berselera? 

Lalu jawapan si anak muda, 

" hidup dalam kemewahan, buat kita hilang satu nikmat iaitu nikmat kenyang kerana kita tak alami kesusahan dalam mencari makanan dan tak perlu bersusah- payah. . hidup bukan untuk makan, tapi makan untuk hidup.."

-TAMAT-

# jangan pandang hina pada mereka yang makan sampah, nikmat kenyang mereka mungkin lebih tinggi daripada kita, bersyukur pada apa yang kita miliki. . dan jangan lupa berbagi supaya kita lebih mengerti mengapa orang memberi?

# kalau aku jadi kau. . aku akan makan bila lapar, berhenti makan sebelum kenyang. . bersyukur~

. .habis ink. .

No comments: