"Alhamdulillah, pilihan dan kesempatan yang membuat hamba mengerti lebik baik tentang makna hidup, semua lebih bererti apabila dihayati". Allahuakbar.
Masih terasa degupan dada ini. Allah, sungguh Engkau tidak pernah memungkiri janji. Engkau Maha Pemberi segala kehendak hambaMu. Sungguhpun hambaMu ini selalu leka dalam arus dunia, Engkau Maha Pengampun.
Segala puji bagi Allah .
aku akan terus istiqamah, beribadat kepadaMu. . untuk mencapai redhaMu.
Segalanya bermula dari niat, ikhlas dari hati dan berdoa, aku benar- benar mengharapkan apa yang aku inginkan. Sungguh benar, Allah Maha Mengetahui. Aku benar- benar bersyukur. Aku yakin, ya Allah. Engkau selalu ada untuk hambaMu yang bertaubat. aku akan selalu memperbaiki diri.
Terima Kasih Allah, kerana kau hadirkan "dia" dalam hidupku. NikmatMu akan ku simpan sebaiknya. yang membuat aku mengerti betapa indahnya hidup ini sebagai seorang muslimah.
Ya Allah, banyak perkara yang perlu aku perbaiki.
"tunjukkan kami ke jalan yang lurus, jalan orang- orang yang Kau beri nikmat, bukan jalan mereka yang Kau mugkari dan bukan pula jalan mereka yang sesat"- surah Al- Fatihah, ayat 6-7
semoga aku akan terus istiqamah. alhamdulillah.. ISLAM ITU INDAH.. :)
No comments:
Post a Comment