
Allah, aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah.
Engkau yang Maha Mengetahui isi hati ini. Rahsia yang ku pendam bukan mainan semata.
Allah,
inilah saat kemuncak, saat dimana aku tidak mampu memikirkan apa- apa selain kamu Ya Rabbi. Engkau tempat aku mengadu. Aku ingin Kau selalu di sisiku.. menemani aku dan aku mahu Kamu, ALLAH.
Allah,
sungguh besar ujianMu, adakah itu tanda kau menyayangiku?
aku berharap ya Allah. berharap segalanya baik- baik sahaja.
aku mahu keredhaanMu, Allah. aku tidak mahu berhenti berharap.
Allah,
saat ini, tangisan bukan lagi air mata.. tapi tangisan jauh di lubuk hati yang meraung simpati kasihMu.
tangisan yang tidak semua orang mengerti. . tidak semua orang memahami. hanya aku dan Kamu, Allah.
Allah,
aku tidak mahu sendiri. menghadapi ujian ini. Seandainya dia dicatatkan untukku, satukan hatiku dan hatinya. dan seandainya bukan.. semoga Engkau mempertemukan yang lebih indah kepada kami. Engkau Maha Pemberi.
ku syukuri nikmat dan keagunganMu, Allah..
dan biar sampai hujung nyawa ini.. aku akan tetap berusaha mencapai redhaMu.
:)
No comments:
Post a Comment