music is my life,u're my sweetest nightingale~~


Click here for Myspace Layouts

Wednesday, November 13, 2013

Menjaga Hati

wahai hati,




apakah benar yang pernah ku katakan dulu akan ku tunaikan?
janjiku padamu agar engkau tidak dimiliki oleh siapa- siapa selain aku dan Tuhan..
jika engkau dicuri dirompak bagaimana sekalipun...
aku tetap akan mempertahankan engkau...
tapi malangnya wahai hati....
adanya engkau bersama iman yang lemah 
mengharungi segala macam cubaan yang sering cuba kau elakkan
dengan hadirnya dia
hanya iman ini yang masih bertahan
menghindar engkau dari terus dicuri tanpa kasih dan sayang yang benar
kejujuran keikhlasan semua dikaburi nafsu cinta yang takkan pernah putus..
bersabarlah wahai hati...
selagi aku menginginkanmu...selagi Tuhan mahu menjagamu
selagi itu kau takkan menjadi milik dia.
takkan ku biar hati ternoda
pada cinta yang hanya pura- pura dan dunia semata.

No comments: