Aku masih tertanya- tanya, apa erti sebuah hadiah mahupun pemberian??
satu hal yang aku pasti adalah hadiah merupakan suatu ganjaran dari seseorang kpd seseorg yg lain atas usaha mahupun kebaikan yang telah dia laksanakan.
dapat hadiah!
dah tentulah kita rasa seronok kan?
ter"baling balik" zaman sekolah rendah dulu.
"ayah, kalau saya dapat nombor satu, dua atau tiga dalam kelas.. ayah nak bagi apa?"
"kalau dapat nombor satu je ayah bagi hadiah., basikal!"
"yes!"
dan mulalah "menjemah" di sekolah...
"ayah saya cakap, kalau saya dapat nombor satu.. dia nak belikan basikal!"
"ayah saya pun sama!"
"ayah saya pulak nak beli kasut roda untuk saya!"
"ayah saya nak bawa pergi melancong!"
"ayah saya nak belikan beg baru, kasut baru, stoking baru... bla bla bla..."
semuanya janji ayah...
yang tak pernah tertunai pun sehingga aku masuk universiti.
tapi sekurang- kurangnya aku faham kenapa ayah tidak tunaikan janjinya...
yang pasti bukan kerana dia lupa..
..................................................................................................
pernah suatu hari aku nyatakan impianku pada ayah..
"ayah, saya nak pergi KL, macam abang.. nak naik belon"
lalu ayah jawab.
"belajar rajin- rajin. nanti pandai, dapat result bagus... mana2 pun blh pergi."
betul kata ayah...
dan sekarang.. aku dah rasa muak naik belon.
........................................................................................................
aku dengar budak zaman sekarang lagi dahsyat.
dapat 5A mak ayah bagi mini cooper real punya!.
kalau aku dulu dapat telefon mainan pun dah bersorak macam sakai.
bertuah anak zaman sekarang..
muda2 dah dapat teknologi.
aku...?? zaman sekolah menengah baru tahu guna keyboard. itu pun tekan satu persatu.
dulu.. mak ayah aku bukan orang senang.
zaman aku masih kecil... ayah tidak dapat tunaikan permintaan aku.
walau aku minta belikan buku latihan garis tiga pun ayah suruh kumpul duit.
jadi aku guna duit belanja harian RM0.20 beli buku. Pensil aku kutip bawah meja dalam kelas. dah orang lain buang.. aku ambillah.
sekarang budak2 dah blh pergi mana- mana. Melancong sana sini.
yang paling best ada yang dah pergi Makkah.
aku dulu nak pergi bandar Miri pun sebulan sekali.
naik bas. hampir tiga jam....... semata- mata nak beli jam. ikut ayah. itu pun atas permintaan mak, sbb aku asyik minta belikan jam tangan.
aku ingat lagi waktu tu.
di kedai jam tangan.
"pilihlah jam mana yang kamu suka..."
"saya nak yang ini."
"tapi.. yang ni lagi cantik" kata ayah
"taknak. nak yang ni.."
"okay la. ambil yang ni tauke"
maka keluarlah aku dari kedai tersebut sambil dipimpin oleh ayah.
di tanganku ketika itu seutas jam tangan jenama Quartz bernilai hampir RM200.
OO MAK AII...
baru aku sedar.. kenapa ayah tidak lagi menunaikan janjinya untuk membeli hadiah kepadaku ketika itu.
dan saat aku dapat keputusan cemerlang SPM.
ayah janji nak belikan aku telefon bimbit baru...
aku dah terbayang- bayang handphone touch screen mcm yang abang aku sdg guna.
tapi akhirnya. aku beli guna duit sendiri.
dan bila berjaya masuk ke universiti,
tanpa perlu aku minta... tanpa mejanjikan apa- apa..
ayah sendiri memberi ku hadiah..
yang bagi ku cukup bermakna...
mungkin ayah orang lain boleh beri hadiah iphone, bank in duit beribu- ribu, bawa pergi melancong, motorsikal atau sekurang- kurangnya tanggung kelas memandu dapatkan lesen kereta....
tapi tidak bagi ayah..
dia beri aku satu hadiah. yang bagiku mencukupi segalanya.... ~senaskhah Al- Quran~ terima kasih ayah. :)
No comments:
Post a Comment