Entah bagaimana takdir temukan kita.
pertama kalinya,
aku nampak seseorang. dari sudut belakangnya.
tak nampak wajah.
namun mengapa ada satu perasaan aneh yang kekal hingga kini..??
"aku seperti kenal dia"
memang indah.
dan bijaknya Tuhan mengatur hidup.
bertemu bersama berpisah
kau yang memulakan langkah masuk ke dalam hidupku
baru kenal..
dan tidak mencuri hati lagi...
kau siapa?
dari mana?
ada aku kisah?
hatiku berbicara sendiri..
hari berlalu seperti selalunya..
namun berubah sedikit demi sedikit
setelah kau selalu mencelah
dalam cerita aku, sejarah hidupku, masa suka duka aku.
kau senantiasa ada
lalu perlahan- lahan mencuri hati yang lemah ini
aku tak cukup kenal kau lagi,
tapi aku pasti
macam- macam hal dah dikongsi bersama.
memang tepat,
masa kau hadir lebih tepat dari apa yang aku jangkakan
aku fikir lepas kecewa oleh takdir lalu...
aku akan bertemu takdir yang baru untuk masa yang panjang..
mungkin untuk tempoh yang lama itu, masa untuk aku bersendirian..
tapi,
sebaik- baik perancang itu Tuhan
kita tiada kuasa untuk menentukan masa depan
bahkan dalam seminit lagi, segalanya boleh berubah
apa- apa blh berlaku..
kau mungkin tak kenal siapa aku
dan mungkin jua aku sebaliknya.
pergi makan, tengok wayang, berjalan, bergayut, bergurau, bergaduh...
segalanya lumrah hidup manusia yang dikurniakan akal
pahit manis kehidupan itu normal..
kalau lihat kau ketawa, aku mahu ketawa bersama
tatkala kau bersedih, aku ketawa jua namun hati menangis..
sedar??
kita terlalu banyak perbezaan..
pernah aku cakap aku benci kau?
ya... mungkin!
tapi ..itulah pembohongan paling besar seorang perempuan.
mulut kata benci, tapi hati suka.
kau dah curi hati aku.
kalau boleh minta balik.. aku harap takkan mengenali kau langsung.
kerna bagi aku...
sang pencuri hati adalah penjenayah yang sukar untuk ditemui
apatah lagi ditukar ganti..
kau adalah kau.. yang akan tetap menjadi temanku
dan aku semakin sedar.. kita tak mungkin jadi lebih dari skdr teman.
kerna kau sendiri telah buktikan
bahwa aku bukan untuk kau.
dan walau siapapun aku kelak
aku harap kita kekal sebagai teman
sungguh aku selalu berdoa untuk kau.. untuk kebahagiaan kau..
kerna separuh hidup aku adalah kau
andai kau susah.. aku jua merasa tekanan...
takdir ini jelas... bukan dongengan
kenapa perlu menyesal?
Tuhan mengatur segalanya dengan cinta..
andai tidak.. seumur hidup aku tak mungkin kenal erti teman
dan kau, yang tak mahu dikenali.
jangan lupa senyum. :)
terima kasih Tuhan, hadirkan dia. alhamdulillah.
"Teman yang setia di waktu duka, itulah semulia manusia di dunia"
No comments:
Post a Comment