dan bibir yang selalu senyum itu..
ada maknanya
dan dia sendiri
berjalan atas landasan duniawi menurut kehendak takdir
suatu kepasrahan manis buatnya
kerna yakin bahawa Tuhan yang menentukan segala baik buruk kehidupan
seketika gembira kerana rasa dihargai, dicintai, disayangi, dihormati dan dibelai
oleh jiwa raga sang sempurna
yang berjanji setia
menjadi teman selamanya.
sesekali pula memberontak.
dari jasad kesetian bertukar naluri dendam
kata terpendamnya terungkap bagai tiada makna
setengah jiwanya pergi untuk tidak kembali lagi
dia mencari..
mana cinta? siapa Pencinta?
maha karya yang mencipta segala...
terlerai tangisan
dan biar berkumandang
dalam syahdu keperitan.
sakit!
dia mengerti
namun tiada pintasan lain baginya
lalu memilih untuk bangkit semula.
sungguh tabah!
kecewa oleh janji,
termakan oleh puji
dan disakiti oleh hati..
dia tetap tabah.
hati tidak berubah...
kesetiaan harus dibayar dengan darah dan jantung
dia sanggup!
berlingkar hitam mata dia.
merindu sang sempurna cinta.
yang mendustakan segala hal
demi menjaga hati insan yang lain...
tanpa sedar.
air matanya
menitis tanpa henti
dalam jiwa yang sudah kekeringan rasa bahagia.
bahagia?
dimana kebahagiaan itu bukan persoalan..
yang dia perlukan hanya kasih sayang
namun soalnya, pernahkah dia bahagia?
derita menanggung kesepian
cerita dan sejarah cintanya saling berkait
tersimpul erat
tidak mungkin lepas
kerana hati dia masih tabah
terima segala yang telah berlaku
dulu dan kini... tidak pernah berubah.
dan dia diam
senyum... matanya berkaca.
mengharapkan sang pencinta...
yang bisa berkata
"mata ini, yang selalu menangis... akan ku jaga. takkan ku biar ia menangis.
dan bibir ini, teruslah tersenyum. untuk aku, dan semua yang memandangmu, indah.. bahagia itu milik kita"
hanya itu... mencukupi segalanya. Terima kasih Tuhan. Alhamdulillah.
untukmu, Jodoh. :)
No comments:
Post a Comment