yang dilalui ini
cukup serabut.
kemudiannya disusun rapi dan kisah bermula begini,
akhirnya pula begitu.
duduk dalam ruang kecil ini. ada sebuah meja dan kerusi tidak bersandar untuk aku.
kerusi besar pula utk beliau.
"wajar tak kalau saya cakap awak BODOH untuk tinggalkan duit RM800 bersama seorang bayi dalam sebuah kereta untuk beberapa minit, sendirian? Dengan kereta tak berkunci dan tiada org lain sekeliling, letak duit dan tinggalkn bayi sendiri begitu sahaja. Bodoh atau tak? Duit hilang. Salah siapa?? nasib bayi tak hilang. huh"
rungutan beliau yg seolah- olah akulah mangsa itu.
"memang bodoh." jawab aku ringkas. sebab dia tanya.
"kes ni salah sendiri. tp nak tak nak, sy kena handle jugak. Kalau tak ambil kes ni, masyarakat akn anggap kami tak buat kerja pulak."
"manusia mana nak mengaku kesilapan sendiri tuan.. benda dah jadi pun masih berlagak bongkak." bisik hati aku.
*ringtone phone**
lagi panggilan utk beliau.
emm. sampai bila nak tercongok kat sini.
aku nk keluar. tapi kat luar tu bising. lalu lalang dan berpusu- pusu orang mengejar sesuatu.
sedarkah mereka di dalam ini ada manusia yang bergelumang dgn ancaman?
situasi ini.
pernah seseorang berkata padaku.
"kalau nak lihat kehidupan sebenar, kau kena berani buat salah. berani tanggung risiko dan tahu jalan utk berubah. bila dah lalui banyak dugaan, baru kau kenal diri kau sebenar."
ya,
dulu mmg aku anggap semua di kaca tv itu tipu.
mana ada manusia begitu.
sekarang, dah terbukti. dan aku sendiri melaluinya.
kamu yang di luar sana!
jangan anggap yang masuk ke sini semua jahat.
pintu taubat Tuhan takkan tertutup selagi hidup. kenapa sebarang tuduhan buruk dilemparkan?
kamu tahu apa?
rezeki Tuhan bagi... kalau taknak kongsi, diam!
dan jaga sampai mati.
kalau kubur muat utk kamu bawa sekali, bawalah.
aku sedar sesuatu.
tentang pengalaman dan realiti.
"pernah berlaku kes macam ni?"
"tak pernah tuan, ni pertama kali."
"hmm. ye lah kan. kalau benda cmni tak terjadi, takkan pernah nak dtg ke sini kan?"
betul.
kalau benda ni tak terjadi, aku takkan berada di sini.
motif nk ke sini berbatu- batu tanpa sebab?
jadi, pd siapa harus aku berterima kasih sebab hadirkn aku duduk di sini?
pd yg buat aku ke sini ke?
atau pd teman yg bawa aku ke sini?
atau pd keadaan?
jawapannya: pada Tuhan.
alhamdulillah. ini rezeki.
No comments:
Post a Comment