music is my life,u're my sweetest nightingale~~


Click here for Myspace Layouts

Friday, February 14, 2014

SAAT

Sebuah coretan penyesalan lakaran segelintir manusia di bumi.

Aku seorang.
Rasa dikhianati.
Oleh keluarga, teman- temanku dan saudara-mara.
Aku terlalu banyak melepaskan peluang
Dan terlalu sering memberi ruang
Simpati aku tinggi, melebihi rasa hipokrit
Mungkin sikap ayah.
Yang aku fikir.. kalau dia tak melepaskan peluang dan tanamkan sedikit rasa tamak
Aku takkan alami kesusahan dan kesunyian.
Aku marah pada mereka yang selalu bergembira tanpa dilanda sebarang masalah.
Aku marah pada mereka yang kaya kerna tidak pandai membahagi harta kepada saudaranya.
Aku marah pada anak yang diberi kesenangan tapi mensia- siakannya.
Aku marah pada mereka yang punyai ramai teman gembira disekeliling.
Aku marah pada keluarga yang hidupnya bahagia serba sempurna.
Aku marah pada idola yang selalu mendapat perhatian.
Aku marah pada insan yang disayangi tapi tidak tahu menghargai.
Aku marah pada si pengenang nasib padahal dia lebih beruntung.
Aku marah pada pemerintah yang hidup senang.                                
Aku marah pada pencuri hati yang suka mempermainkan.
Aku marah pada pasangan kekasih yang hanya berkongsi kasih antara mereka.
Aku marah pada ibubapa yang punya anak ramai tapi tidak membesarkan mereka sebaiknya.
Aku marah pada orang- orang berada yang hanya ditimpa ujian mudah dalam hidup mereka.
Aku marah pada saudara mara yang berlagak mesra tapi hakikatnya bermasam muka.                    
Aku marah pada mereka yang diberi peluang belajar tapi tidak berusaha mencapai kejayaan.
Aku marah pada sistem yang memerintahku seperti kuli.
Aku marah pada mereka yang selalu patuh tapi kemudiannya mendesak orang lain.
Aku marah pada anak kaya yang menunjuk- nunjuk kesenangan.
Aku marah pada si pengikrar setia yang membohongi sumpahya.
Aku marah pada lelaki yang tak mampu melupakan cinta pertamanya.
Aku marah pada perempuan yang selalu menarik perhatian para lelaki.
Aku marah pada mereka yang memiliki kehidupan sederhana senang tapi berlagak susah menderita.
Aku marah pada penipu yang tak pernah sedar akan kesilapannya.
Aku marah pada orang yang tak suka mengungkit kisah lama tapi tak dapat melupakan kisah itu.
Aku marah pada suami isteri yang menunjuk- nunjuk kebahagiaan bersama.
Aku marah pada gadis cantik yang selalu dapat pujian.
Aku marah pada jejaka tampan yang selalu mempermainkan perasaan.
Aku marah pada mereka yang tak sedar wujud orang yang perlukan kasih sayang.
Aku marah pada mereka yang berpaling tadah menyerahkan hanya pada takdir.
Aku marah pada manusia yang diberi akal tapi menyalahgunakan.
Aku marah… hanya pada seorang. 

Iaitu kamu.
Yang datang tak dikenali. Pergi tak kembali.

Tercari- cari di mana kamu?
Tapi tiada,
Saat itulah, hanya satu yang ada.

Tuhan. 
Setia dalam setiap saatNya. 


No comments: