music is my life,u're my sweetest nightingale~~


Click here for Myspace Layouts

Friday, October 10, 2014

BILA DAH SUSAH, SUKAR PULA.

Buat insan-insan yang tak pernah hidup susah.

Mesti kau tak pernah pergi sekolah berjalan kaki berkilometer dari rumah meredah hujan panas sebagainya kan?

Tiap hari kau balik rumah, hidangan tersedia atas meja. Hidangan yg enak pulak tu.

kau pernah makan nasi dengan garam saja tak? kalau tak pernah, kau cubalah sekarang. Mungkin kau boleh dapat nikmat lapar lepas memakannya.

kau pernah kumpul duit dalam tabung semata-mata nak beli buku garis tiga dan pensel 2b?

kalau tak cukup duit, kena pilih samada nk buku atau pensel. jadi pilih buku. Sebab boleh kutip pensil-pensil tumpul yang org buang bawah meja.

kau pernah camtu? tidak bukan? sebab semua dah tersedia untuk kau. Seorang anak kecil yang punya segalanya.

kau pernah naik perahu dayung sendiri sebab nak cari hasil-hasil hutan di seberang sungai sebagai makanan?

kau pernah bangun pukul 4, 5 pagi siapkan kuih-muih utk jual kat kedai?

kau pernah cari rezeki dengan mengutip biji-biji sawit di ladang?

kalau kau jatuh, kena marah tak? mestilah tak, kau kan kaya. Kau jatuh dan baju kotor sikit pun mak ayah kau dah risau. 

macam mana kau cari ilmu ya? pernah tak kau duduk tepi ayah kau sambil dengar dia baca al-quran? tak pun setiap malam lepas solat ayah kau akan bercerita ttg kisah-kisah nabi. 

sekali lagi, macam mana kau cari ilmu ya? kau pernah mintak tolong ayah ajarkan kau tulisan jawi tak? kau selalu mengaji alquran setiap subuh dan maghrib?? kalau kau tak tahu tentang suatu perkara, adakah kau sekadar google? 

kau pernah basuh tiga baldi pakaian setiap hari menggunakan tangan kau?

kau pernah masak waktu berusia 8 tahun tak? dan bila kau buatkan nasi jadi bubur, ayah kau ajar cara yang betul untuk masak nasi guna cara manual, bukan main tekan suis je. 

kau pernah tidur dalam rumah yang bumbungnya hampir melayang diterbangkan ribut? atau mungkin yang brlubang menitikkan air sewaktu hujan?


oh ya, kau pernah ke sawah? kerja di sawah. dari proses penanaman hingga penuaian. seronokkk. 

dahla. mcm2 yang aku lalui di atas tu, dan mungkin 1% saja yang kau  faham betapa susahnya. 
yup, bukan salah kau pun kalau tak pernah susah. Tapi sebab kau beruntung mak ayah kau telah berusaha atau mungkin datuk nenek kau atau mungkin moyang kau telah bersusah payah dahulu kala untuk hidup senang. 

aku? mak ayah aku berusaha keluar dari kesusahan, membesarkan 10 orang anak telah memberikan mereka kekuatan. Mak ayah aku kedua- duanya bukan dari golongan yang senang. Tapi dengan pegangan agama yang ada, mereka kuat untuk teruskan hidup. Mereka ubah hidup kami yang susah dulu hingga kami ke sekolah pun pergi balik naik kereta besar. Kami pulang ke rumah, makanan sedap terhidang. Ada sahaja rezeki masuk walau tak banyak. Kami membesar dengan sihat dan semua berpelajaran. 

Satu hal aku belajar daripada kesusahan dulu, mak ayah tak pernah mengeluh. Mereka berikan aku pengalaman yang berharga untuk aku menghargai kesenangan. Mereka hidup susah, dan susah menyebabkan mereka sukar untuk capai kesenangan sekelip mata. Mereka bersabar kerana anak-anak mereka perlu belajar bersyukur dan memahami erti susah bila dah senang. 

Malah mereka tak pernah bagi kami ambil kerja sambilan pun waktu masih belajar sebab ayah kata, "selagi dia mampu bagi duit, belajar sahaja." Dan aku pun belajar. Aku tahu, itu bukan alasan ayah semata-mata. Alasan sebenarnya adalah untuk menjaga aku dari kejutan budaya negatif di luar, menghabiskan duit dan yang paling merisaukan,  menjarakkan diri daripada Tuhan.  

dan aku telah datang ke dunia di mana anak-anak kaya sedang menghabiskan duit mak ayah mereka. 
aku tak risau, aku dah faham.  bila dah susah, sukar pula dan bila dah senang, seronok pula.. lupakan agama.




No comments: