music is my life,u're my sweetest nightingale~~


Click here for Myspace Layouts

Saturday, October 31, 2015

Sebelum Esok

Masih aku ingat,
Saat pertama kali menerima tawaran kemasukan ke universiti.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Program Komunikasi Media
Ijazah Sarjanamuda Media dan Komunikasi (Kepujian)
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Aku bersyukur. 
Lebih lagi, aku kecewa. 
Kerana tawaran yang diberi bukanlah pilihan pertamaku, apatah lagi kedua orang tua ku dan juga saudaraku. 
Bagi mereka, aku patut membuat pilihan. Mahu meneruskan atau melepaskan.

Dan aku juga seperti manusia lain, 
saat tidak pasti dengan keputusan, aku istikharah. 
Aku bertanya pada hati aku, hendak ke mana?
Dilema anak kampung seperti aku yang diberi tawaran besar dalam melanjutkan pelajaran, siapa sangka? 
Aku sendiri pun tak pernah sangka. 

Lalu suatu hari aku memberitahu emak,
"Ianya keputusan yang sukar, saya tak nak sambung belajar."

Emak terkedu sebentar tanpa helaan nafas yang panjang. 
"Kenapa?" katanya.

"Saya rasa perlu teruskan dalam bidang business. Sebelum ini pun saya memang ambil business."

"Kamu nak jadi usahawan? Business woman? Kamu betul-betul minat?" 

Masa itulah tuan-tuan, masa itulah saya teringat pada saat-saat di matrikulasi. 
Di mana sy menangis sebab tak dapat CGPA 4:00 dlm exam. Di mana saya menangis sebab tak mampu seimbangkan akaun. Di mana saya pernah berjanji "tidak akan meneruskan pengajian dalam bidang tersebut".

Kurang pandai kata cikgu Seni.
Lembab kata cikgu Geografi. 
Otak di lutut kata cikgu Sejarah.

Aku masuk  semula ke bilik, dan keluar cakap dengan mak. 

"Saya minat bidang komunikasi walaupun ia bukan bidang pilihan pertama. Tapi saya nak terlibat dalam perniagaan dan jadi bos."

"Kalau kamu minat, teruskan belajar. Tak payah berhenti. Kenapa kamu tak cuba dulu sesuatu yg baru dalam hidup kamu?"

"Ya, mungkin saya blh cuba dulu, kalau rasa tak sesuai saya akan tukar ke bidang lain."

"Cubalah, sebab dalam business tak semua orang boleh berjaya". Kata emak yang sampai sekarang aku  ingat. 
Itu kisah aku sebelum masuk UKM 3 tahun lalu. 

Nahhh, di mana aku 3 tahun kemudian. 
Sedang tersenyum menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian Komunikasi Media UKM. 

Cakap pasal UKM tak perlu aku ceritakan panjang lebar lagi, apa yang aku pelajari lebih daripada apa yang aku bayangkan.. Alhamdulillah, pilihan dan kesempatan yang membuat hamba mengerti lebih baik tentang makna diri. Semua lebih berarti apabila dihayati. 


Coretan anak muda.
Balkoni Tingkat 8,
Hujan di Kuala Lumpur. 

No comments: