music is my life,u're my sweetest nightingale~~


Click here for Myspace Layouts

Friday, June 3, 2016

It's All About Yusuf Mateen

Aku tak tahu, kenapa kali ini aku begitu berani untuk menceritakan tentang kau.
Padahal kisah kita telah lama berlalu. Dan telah menghampiri waktu silamnya
Aku mengambil masa yang lama untuk memahami tentang kau, tentang kehendak kau, tentang keperibadian kau, tentang segala yang kau cuba bicarakan pada aku.
Aku ingat lagi saat pertama kali jumpa kau.
Pertama kali di gelanggang badminton.
Kau datang dengan baju berkolar hitam kuning, seluar slack hitam dan beg sandang belakang.
Waktu itu aku sedang bermain badminton bersama sahabatku.
Kau melintasiku sambil tersenyum.
Dan itulah pandanganku pada kau buat kali pertama.
Waktu seakan terhenti,
Dedaunan berguguran,
Angin meniup lembut,
Dan aku… jatuh cinta… pada kau.

Sejak itu aku sering mengekori kau.
Setiap kali berhadapan kau, aku jadi insan yang paling bahagia di dunia.
Semakin hari aku jadi bersemangat untuk meneruskan kuliah.
Tidak kira siang malam segalanya tentang kau.
Hingga aku mengerti satu hal.
Selain merasa suka, aku juga mengagumi kau.
Barulah aku sedar, bahwa perasaan aku setakat itu sahaja.

Aku melihat kau jalani hidup dengan penuh sederhana dan istiqamah.
Aku tidak tahu sedalam mana cinta kau pada Allah dan Rasulullah.
Namun kebaikan yang kau pancarkan benar-benar mengajar aku tentang ikhlas.
Kali terakhir aku lihat kau, kau masih seperti pertama kali yang aku lihat.
Dan aku pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal.
….
Kisah yang dah terlalu lama berlalu.
Tanpa perancangan yang kita akan bertemu lagi, tiba-tiba kau menyapa aku dari belakang.

“Assalammualaikum…”

Suara yang dirindui…
Segala kebaikan kau serta merta bermain di mindaku,
Senyuman manis kau, dan wajah kau yang tenang..
Aku menoleh dan memandang kau, aku terpana..
….
Mengapa kau berubah??
….
Aku senyum,
Kali ini lebih baik.
Yusuf Mateen, aku sekali-kali tidak akan pernah menjadi penghalang buat kau menjadi lebih baik. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, sahabat. J







No comments: