Assalamuaikum. Good evening.
Lamak eh sik menaip sitok. Selalu malas mok type pnjg2 & just post a simple word at instastory. But this evening, I suddenly tergerak hati mok “berbicara lebih panjang”.
I would like to share a real story about the topic above.
Masa ya my age around 7-8 years old. I was at my cousin’s house coz ada pengilan so on.
So biasala, after doa semua, makanan dihidangkan. The moment makanan dihidang, they also served minuman.
One man suddenly shouted (or maybe use his loud voice), he said..
“Wow! Minuman mahal. Aek gas (means air bicarbonate in Sarawak)! Nang boleh tahan bos tok. Bukan sebarang aek dihidang. Orang kaya jak hidang aek tok (because at that time, bicarbonate drinks was costly compare with air sirap etc).
Then my aunty (tuan rumah) replied,
“Aie mestila aek mahal....
(At that moment, that was the first time I heard someone said,)
“Bila gik nak kaya? Tok la masanya.”
Terdiam that guy. My aunty smiled.
There are 2 things I learned from this story.
1. To be rich, you don’t need to wait until you become rich.
A lot of people think that, rich is money. You’re rich when you have a lot of money. This mindset perlu dipecahkan. Coz if you wait for money to growth, you won’t be rich. Same goes to the guy in that story. That kind of people don’t understand where’s money come from.
2. If you want to give, give as much as you can. As good as you deserved. Ya amal kita bha, kira sedekah juak. Why mok berkira? Konsep nya sama mcm share rezeki juak. Some of org kita takut mok berik lebih coz they know there are people kedak that guy yang suka mok mengata. Blh jadi malu kita walaupun at first niat tdik memang ikhlas mok memberi yg terbaik. But, keep in mind that Allah know the niat kita and lakukan segalanya kerana Allah.
Okayla, mok dijadikan cerita from that moment juak. Any pengilan in my kampung, everyone hidang aek gas. Makanan pun bukan alang-alang. Mun makanan adalaa udang galah, kambing panggang etc. Walau sikit, alhamdulillah merasa juak.
Tq.
Till we meet again. Bye.
Saturday, November 24, 2018
Sunday, July 31, 2016
Me Before You
Malam yang panjang, teman.
Kali ini kamu ditemukan dengan seseorang yang bercerita tentang kehidupannya.
Begitu pula kamu.
Perkenalan pertama adalah saat paling indah buat semua orang.
Adakalanya kamu berkata, "Ya Allah betapa kecilnya dunia!".
Itulah saatnya kamu tahu bahawa di dunia ini tiada yang namanya kebetulan.
Menjadi seseorang yang hadir dalam hidup orang lain itu anugerah.
Dan menerima seseorang yang baik hadir dalam hidupmu itu rezeki.
Langkahilah perjalanan hidup itu dengan yakin. Dan genggam janji serta rahsia-rahsia kita seeratnya, teman.
Friday, June 24, 2016
WAY TO MOVE ON
Salam dear,
I knew that he just broke up with you.
It's okay to feel sad. Of course, when sadness set in, the feelings are deeply uncomfortable. Sleepless, nightmare, crying under your pillow and nobody knows.
It's okay to tell everything to your bestfriends. Or to somebody that you trust, or anyone even with the strangers that you just met on the street. Talk and listen to their opinion. Take their advice because sometimes, there are certain word that will help you to keep moving on. Yes, you will hear the same word, "you deserves better" for a thousand times. But, believe me there are always a different one as you hope.
It's okay to feel hard.
Yes, you're going through a hard time. You need to know that makes you stronger than before. You have God. Do pray and doa as hard as you can. He always listen and He knows the best for you. Keep faith and it will be worth in the end. Take this opportunity to be a better person or until you realize who you were before you met him. Got it?
It's okay to be alone.
Drive your car and go somewhere. Don't plan. As people said, "destinesia". It is when you get to where you intending to go, but forget why you were going there in the first place. If you have more money, go travel. Wear a nice dress, high heels, red lipstick and photograph yourself. Being alone is fun. Yes, you can do it.
Come on darling,
Let's learn to put the past behind us. Don't need to try hard to forget him. Just accept that he aren't the same person anymore. Be a good girl. Remember that, the hard time goes faster. And may the best things happen, again.
Love, yourself. #waytomovingon
Come on darling,
Let's learn to put the past behind us. Don't need to try hard to forget him. Just accept that he aren't the same person anymore. Be a good girl. Remember that, the hard time goes faster. And may the best things happen, again.
Love, yourself. #waytomovingon
Friday, June 10, 2016
WHERE'D YOU GO?
Ada dua hal yang ingin saya katakan sebelum terlambat. Sebelum rasa ini pergi dan sebelum segalanya pudar dari ingatan.
Pertama, mencintai.
Kedua, dicintai.
Orang yang mencintai itu seharusnya kuat. Dan yang dicintai seharusnya bersyukur.
Kita semua tidak tahu perancangan Tuhan sebaiknya bagaimana? Sedang kita memikirkan bahwa perpisahan adalah jalan terakhir.
Friday, June 3, 2016
It's All About Yusuf Mateen
Aku tak tahu, kenapa
kali ini aku begitu berani untuk menceritakan tentang kau.
Padahal kisah
kita telah lama berlalu. Dan telah menghampiri waktu silamnya
Aku mengambil
masa yang lama untuk memahami tentang kau, tentang kehendak kau, tentang
keperibadian kau, tentang segala yang kau cuba bicarakan pada aku.
Aku ingat lagi saat pertama kali jumpa kau.
Pertama kali
di gelanggang badminton.
Kau datang
dengan baju berkolar hitam kuning, seluar slack hitam dan beg sandang belakang.
Waktu itu aku sedang
bermain badminton bersama sahabatku.
Kau
melintasiku sambil tersenyum.
Dan itulah
pandanganku pada kau buat kali pertama.
Waktu seakan
terhenti,
Dedaunan berguguran,
Angin meniup
lembut,
Dan aku… jatuh
cinta… pada kau.
Sejak itu aku
sering mengekori kau.
Setiap kali
berhadapan kau, aku jadi insan yang paling bahagia di dunia.
Semakin hari aku
jadi bersemangat untuk meneruskan kuliah.
Tidak kira
siang malam segalanya tentang kau.
Hingga aku
mengerti satu hal.
Selain merasa
suka, aku juga mengagumi kau.
Barulah aku
sedar, bahwa perasaan aku setakat itu sahaja.
Aku melihat kau
jalani hidup dengan penuh sederhana dan istiqamah.
Aku tidak tahu
sedalam mana cinta kau pada Allah dan Rasulullah.
Namun kebaikan
yang kau pancarkan benar-benar mengajar aku tentang ikhlas.
Kali terakhir
aku lihat kau, kau masih seperti pertama kali yang aku lihat.
Dan aku pergi
tanpa mengucapkan selamat tinggal.
….
Kisah yang dah
terlalu lama berlalu.
Tanpa
perancangan yang kita akan bertemu lagi, tiba-tiba kau menyapa aku dari
belakang.
“Assalammualaikum…”
Suara yang
dirindui…
Segala
kebaikan kau serta merta bermain di mindaku,
Senyuman manis
kau, dan wajah kau yang tenang..
Aku menoleh
dan memandang kau, aku terpana..
….
Mengapa kau
berubah??
….
Aku senyum,
Aku senyum,
Kali ini lebih baik.
Yusuf Mateen, aku sekali-kali tidak akan pernah menjadi
penghalang buat kau menjadi lebih baik. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan,
sahabat. J
Saturday, October 31, 2015
Sebelum Esok
Masih aku ingat,
Saat pertama kali menerima tawaran kemasukan ke universiti.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Program Komunikasi Media
Program Komunikasi Media
Ijazah Sarjanamuda Media dan Komunikasi (Kepujian)
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Aku bersyukur.
Lebih lagi, aku kecewa.
Kerana tawaran yang diberi bukanlah pilihan pertamaku, apatah lagi kedua orang tua ku dan juga saudaraku.
Bagi mereka, aku patut membuat pilihan. Mahu meneruskan atau melepaskan.
Dan aku juga seperti manusia lain,
saat tidak pasti dengan keputusan, aku istikharah.
Aku bertanya pada hati aku, hendak ke mana?
Dilema anak kampung seperti aku yang diberi tawaran besar dalam melanjutkan pelajaran, siapa sangka?
Aku sendiri pun tak pernah sangka.
Lalu suatu hari aku memberitahu emak,
"Ianya keputusan yang sukar, saya tak nak sambung belajar."
Emak terkedu sebentar tanpa helaan nafas yang panjang.
"Kenapa?" katanya.
"Saya rasa perlu teruskan dalam bidang business. Sebelum ini pun saya memang ambil business."
"Kamu nak jadi usahawan? Business woman? Kamu betul-betul minat?"
Masa itulah tuan-tuan, masa itulah saya teringat pada saat-saat di matrikulasi.
Di mana sy menangis sebab tak dapat CGPA 4:00 dlm exam. Di mana saya menangis sebab tak mampu seimbangkan akaun. Di mana saya pernah berjanji "tidak akan meneruskan pengajian dalam bidang tersebut".
Kurang pandai kata cikgu Seni.
Lembab kata cikgu Geografi.
Otak di lutut kata cikgu Sejarah.
Aku masuk semula ke bilik, dan keluar cakap dengan mak.
"Saya minat bidang komunikasi walaupun ia bukan bidang pilihan pertama. Tapi saya nak terlibat dalam perniagaan dan jadi bos."
"Kalau kamu minat, teruskan belajar. Tak payah berhenti. Kenapa kamu tak cuba dulu sesuatu yg baru dalam hidup kamu?"
"Ya, mungkin saya blh cuba dulu, kalau rasa tak sesuai saya akan tukar ke bidang lain."
"Cubalah, sebab dalam business tak semua orang boleh berjaya". Kata emak yang sampai sekarang aku ingat.
Itu kisah aku sebelum masuk UKM 3 tahun lalu.
Nahhh, di mana aku 3 tahun kemudian.
Sedang tersenyum menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian Komunikasi Media UKM.
Cakap pasal UKM tak perlu aku ceritakan panjang lebar lagi, apa yang aku pelajari lebih daripada apa yang aku bayangkan.. Alhamdulillah, pilihan dan kesempatan yang membuat hamba mengerti lebih baik tentang makna diri. Semua lebih berarti apabila dihayati.
Coretan anak muda.
Balkoni Tingkat 8,
Hujan di Kuala Lumpur.
Friday, October 10, 2014
BILA DAH SUSAH, SUKAR PULA.
Buat insan-insan yang tak pernah hidup susah.
Mesti kau tak pernah pergi sekolah berjalan kaki berkilometer dari rumah meredah hujan panas sebagainya kan?
Tiap hari kau balik rumah, hidangan tersedia atas meja. Hidangan yg enak pulak tu.
kau pernah makan nasi dengan garam saja tak? kalau tak pernah, kau cubalah sekarang. Mungkin kau boleh dapat nikmat lapar lepas memakannya.
kau pernah kumpul duit dalam tabung semata-mata nak beli buku garis tiga dan pensel 2b?
kalau tak cukup duit, kena pilih samada nk buku atau pensel. jadi pilih buku. Sebab boleh kutip pensil-pensil tumpul yang org buang bawah meja.
kau pernah camtu? tidak bukan? sebab semua dah tersedia untuk kau. Seorang anak kecil yang punya segalanya.
kau pernah naik perahu dayung sendiri sebab nak cari hasil-hasil hutan di seberang sungai sebagai makanan?
kau pernah bangun pukul 4, 5 pagi siapkan kuih-muih utk jual kat kedai?
kau pernah cari rezeki dengan mengutip biji-biji sawit di ladang?
kalau kau jatuh, kena marah tak? mestilah tak, kau kan kaya. Kau jatuh dan baju kotor sikit pun mak ayah kau dah risau.
macam mana kau cari ilmu ya? pernah tak kau duduk tepi ayah kau sambil dengar dia baca al-quran? tak pun setiap malam lepas solat ayah kau akan bercerita ttg kisah-kisah nabi.
sekali lagi, macam mana kau cari ilmu ya? kau pernah mintak tolong ayah ajarkan kau tulisan jawi tak? kau selalu mengaji alquran setiap subuh dan maghrib?? kalau kau tak tahu tentang suatu perkara, adakah kau sekadar google?
kau pernah basuh tiga baldi pakaian setiap hari menggunakan tangan kau?
kau pernah masak waktu berusia 8 tahun tak? dan bila kau buatkan nasi jadi bubur, ayah kau ajar cara yang betul untuk masak nasi guna cara manual, bukan main tekan suis je.
kau pernah tidur dalam rumah yang bumbungnya hampir melayang diterbangkan ribut? atau mungkin yang brlubang menitikkan air sewaktu hujan?
oh ya, kau pernah ke sawah? kerja di sawah. dari proses penanaman hingga penuaian. seronokkk.
dahla. mcm2 yang aku lalui di atas tu, dan mungkin 1% saja yang kau faham betapa susahnya.
yup, bukan salah kau pun kalau tak pernah susah. Tapi sebab kau beruntung mak ayah kau telah berusaha atau mungkin datuk nenek kau atau mungkin moyang kau telah bersusah payah dahulu kala untuk hidup senang.
aku? mak ayah aku berusaha keluar dari kesusahan, membesarkan 10 orang anak telah memberikan mereka kekuatan. Mak ayah aku kedua- duanya bukan dari golongan yang senang. Tapi dengan pegangan agama yang ada, mereka kuat untuk teruskan hidup. Mereka ubah hidup kami yang susah dulu hingga kami ke sekolah pun pergi balik naik kereta besar. Kami pulang ke rumah, makanan sedap terhidang. Ada sahaja rezeki masuk walau tak banyak. Kami membesar dengan sihat dan semua berpelajaran.
Satu hal aku belajar daripada kesusahan dulu, mak ayah tak pernah mengeluh. Mereka berikan aku pengalaman yang berharga untuk aku menghargai kesenangan. Mereka hidup susah, dan susah menyebabkan mereka sukar untuk capai kesenangan sekelip mata. Mereka bersabar kerana anak-anak mereka perlu belajar bersyukur dan memahami erti susah bila dah senang.
Malah mereka tak pernah bagi kami ambil kerja sambilan pun waktu masih belajar sebab ayah kata, "selagi dia mampu bagi duit, belajar sahaja." Dan aku pun belajar. Aku tahu, itu bukan alasan ayah semata-mata. Alasan sebenarnya adalah untuk menjaga aku dari kejutan budaya negatif di luar, menghabiskan duit dan yang paling merisaukan, menjarakkan diri daripada Tuhan.
dan aku telah datang ke dunia di mana anak-anak kaya sedang menghabiskan duit mak ayah mereka.
aku tak risau, aku dah faham. bila dah susah, sukar pula dan bila dah senang, seronok pula.. lupakan agama.
Subscribe to:
Posts (Atom)